Thursday, May 29, 2008

Pulau Batu Putih

Selamat sejahtera. Baru-baru ini kita telah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dekat The Hague, Belanda. Keputusan itu memihak kepada Singapura dimana Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada kedaulatan Republik Singapura.
Perkara ini mungkin tak memberi kesan kepada kebanyakkan rakyat malaysia dan juga rakyat Republik Singapura yang membaca berita ini tetapi saya amat berasa prihatin kepada para nelayan kita terutamanya yang berada di kawasan Pengerang yang mana sebelum kes itu di pertikaikan, mereka sudah pun di larang dari menghampiri Pulau itu selama 22 tahun. Keluar keputusan pulak, ianya tak memihak pada Malaysia. Hancur lebur harapan mereka untuk menangkap ikan di kawasan itu. Sejarah menunjukkan mereka ini adalah dari keturunan nelayan yang sudah lama menangkap ikan di situ. Kat situ pulak lubuk ikan.
Persoalannya, tidakkah ada pihak berkuasa samada dari pihak kerajaan Malaysia dan dari ihsan pihak kerajaan Singapura memandang pada masalah mereka ini. Akibat perbalahan merebut kuasa ke atas Pulau itu, nelayan-nelayan menjadi mangsa. Dahla ekonomi merosot, barang makanan mahai,nak tangkap ikan bagi orang ramai makan untuk dijadikan mata pencarian pun jadi hal.
Sepatutnya pihak yang tertentu memandang berat status nelayan ini. Tidakkah ada perbincangan atau rundingan dua hala untuk membantu masalah nelayan kita ini. Kalau nak main musik kami boleh mendapatkan permit, takkan nak tangkap ikan tak boleh dapat permit kut. Singapura dah dapat Pulau tu pun kena terimakasih banyak kat kerajaan Johor, sekurang-kurangnya bagi la Nelayan Pengerang tu tangkap ikan. Chak pong ci gulu-gulu ci kueh lubang dik pulut inti. Sengkai lam lam berebede..

3 comments:

east43street said...

Kita kalah sebab kita tak buat kerja dari awal lagi. Semasa Singapore but tuntutan, kita tak buat tuntutan balas. Wisma Putra dari dulu kelam kabut. Mungkin Wisma Putra perlu tubuhkan Jabatan Pemantauann yang khas untuk semua masalah dengan jiran tetangga sahaja.

east43street said...

Sebenarnya Singapore sendiri terkejut macam mana kita kalah.

second generation. said...

Sayang betui, bayar mahai-mahai kat ejen luar tapi tak buat banyak persediaan. Pasai surat dari kerajaan johor tu pun rasanya depa tak tau. Kalau tau mesti ada persediaan nak jawab dalam hujah depa. Sepatutnya tak yah masuk ICJ, tak yah kasi can kat Singapore. Alasannya banyak belanja kalau lawan kat ICJ.