Tuesday, May 27, 2008

Club Langut-Langut Naik....(LLN)

Tempat ni amat bersejarah bagi kumpulan musik kami. Langut-langut naik ni adalah singkatan bagi LLN atau lembaga letrik negara. Skarang dah swasta dah. Sebabnya kami cakap langut-langut naik kerana kalau kat kampung bilamana lampu eletrik rosak.. orang kampung akan telefon pihak LLN untuk hantar pekerjanya untuk repair lampu kat tepi jalan. Bila saja mereka sampai mereka akan berdiri kat bawah lampu sambil melangut tengok lampu kat atas. Ada sorang Mak Cik lalu kat situ sambil disergahnya mereka...hangpa dok langut apa, naik la repair..langut-langut naikla.. dari situ lekatla nama mereka langut-langut naik..
Jadi tempat ni merupakan satu banggunan banglo milik LLN yg mana untuk tempat rekreasi untuk pekerja mereka. Di situ ada alat musik yg dah lama tak digunakan lebih kurang dah 10-15 tahun. Salah sorang dari pelanggan kami yg datang kat La Bamba tu orang LLN tengok kami main terus offer kami pi guna alat musik yang dah tak digunakan tu. Pak Cik tu juga berjanji nak recomen kami kerja kat situ sebagai ahli musik untuk LLN. Lega juga kami masa tu..maklumlah kalau praktis kat studio kena bayar RM10-RM15 sejam. pertama kali sampai kat kelub tu..kami tengok alat-alat musik tu dah bersarang teruk. Satu hari suntuk kami polish semua dan bersihkan tempat tu. Kalau tak silap Gitar bass dia nama Hondo.. kami gelak kat Nae kerana dia pemain bass. Lekat nama dia masa tu Nae Hondo. Tak tau kat mana depa beli gitar tu ssebab tak pernah tengok gitar brand Hondo..kereta honda adala. Ada sedikit perasaan sedih di hati saya tengok semua perkakas musik yg tak di jaga masa tu. Jadi saya berbincang dgn Raja Iskandar yg main keyboard tu...` Raja lepas ni kalau ada function kita main musik, semua duit yg kita dapat kita kumpul dan beli alat musik baru.. mula-mula tukar gitar hondo..Drum.. dan lain-lain sampai kita ada alat musik yg bagus`. Raja setuju dan bila tanya kat ahli-ahli yg lain semuanya setuju. Jadi dari tarikh itu semua duit yg kami dapat kami kumpul terutamanya bila main kat La bamba. Dah ada perasaan seronok di hati bila la nak dapat alat musik baru. Masa berlatih kat LLN kami mendapat bimbingan dari pemusik yg dah pencen kat LLN.. dan juga dari seorang yang saya kenang sampai sekarang Pak Cik Bashir Ahmad yg mana beliau merupakan komposer terkenal kat Pulau Pinang dan bekerja kat RTM penang. Ada satu ketika beliau mempelawa kami main kat RTM penang. Ada juga satu ketika kami berlatih di tempat di mana seniman agung kita P. Ramlee berlatih main musik..tempat tu kat Counter Hall street..skarang dah tukar nama Jalan P Ramlee. Memandangkan alat-alat musik tu dah lama sgt..masa seniman lagi.. first time saja main lagu..lagu `eye of tiger` intro lagu tu pakai keyboard banyak tiba-tiba saja keyboord tu keluar asap.. saya ingat normal tapi Pak Cik terus menjerit `stop-stop terbakar..tak boleh guna keyboard..dah rosak`.
Jadi masa kat LLN tu kami banyak menimba ilmu musik secara by hart dari orang lama. Satu peristiwa sedih kat situ yang mana satu hari kami pi berlatih..masuk saja pintu kat dalam tengok-tengok gitar utama jenis fender dah hilang.. Kami tak tau sapa yg curi.. tapi lama kelamaan kami dapat tau yang penyanyi utama kami Fuad yang curi sebab katanya `hangpa kumpul duit nak beli alat musik untuk hangpa aku penyanyi mana ada alat musik jadi tak aci la`..saya terus terduduk masa tu dan saya cakap kat band boy semua dari hari ni tak mau Fuad nyanyi kat kumpulan kami lagi. Selang beberapa bulan kumpulan kami berpecah. Saya dan raja main dengan satu kumpulan tu kat tempat City Hotel, penang. Nae masuk group Crosstown, mazlan main dengan kelub Bomba penang dan Fuad tak nyanyi kat mana-mana lagi. Saya sedih sampai sekarang akibat Fuad mencuri gitar Utama tu kerna kalau tak pasai tu mungkin kami akan terus bersatu dan main musik sampai sekarang. Duit yg kami kumpul kami agih-agihkan pada semua orang. Fuad tak dapat apa-apa sebab dia dah jual gitar tu . Cak pong ci gulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti..sengkai lam lam bere bede. Wslm.

5 comments:

Raja Iskandar said...

Askm, Adik hang lupa Wan Teloq, dia yang panggil Botak pi tengok alat muzik kat Kelab tu, dia pun sebenarnya nak main dram untuk LLN. Hang masa tu kat ITM Arau, aku ingat lagi sekali-sekala hang mai jam tapi masa tu Wan masih main dram. Lepas hang berhenti ITM yang Wan pun bagi hang main dram dan dia jadi macam 'manager' kita, cari function semua.
Pasal Fuad tu, aku yang buka studio dan perasan gitar hilang. Aku tanya mamak berniaga kat bawah depa kata Fuad naik balik studio malam tu. Botak pi jumpa bomoh dan Fuad pulangkan gitar. Dia dah jual kat budak seberang. Duit function Nae nak beli gitar bass pun disyaki dia yang lesapkan. Aku ingat lagi air muka Nae mai rumah aku kat Dhoby Ghaut excited sangat nak beli gitar dan aku bagaitau kat dia duit 'hilang.' Dia punya 'blow' kat Fuad dan lepas tu Botak perasan Fuad pakai kasut Nike baru! He..He.. cerita lama..

Raja Iskandar said...

Askm, Adik, rumah kawan P. Ramlee tu yang kita 'jam' tu nama dia Mamu, terletak betoi-betoi depan rumah P. Ramlee. Aku pernah sembang dengan dia pasal P. Ramlee, dia kata P. Ramlee hanya boleh main violin saja, masa kat Singapore baru belajar piano sikit2. Dia 'orang wayang' pandai eksyen saja dia kata, tapi tak boleh main. Menarik juga sembang dengan member2 P. Ramlee tapi sayang semua dah tak ada.
Mamu ni main saxophone dan pernah buat show kat Padang Kota. Kita pun pernah sewa instrumen dia main kat Padang Kota. Masa keyboard rosak tu memang berasap, aku kena 'electric shock' masa sandar kat jaring besi tingkap rumah dia! Tekan keyboard dia pun terkena juga walaupun plastic, tu yang heran tu!
Tapi yang paling best adalah 'distortion' pedal Botak. Dia tanya Mamu ada pedal 'distortion' tak, Mamu kata "ada, ada", dia pun pi la ambil kat bawah katil ka, loteng atap ka, dia bagi kat Botak. Kita main lagu rock kot, Botak pun tekan pedal tapi bunyi yang keluar "wow wow wow", kami semua gelak! Dia bagi 'wah wah' tahun 60-an punya, bukan 'distortion'. He..he..cerita lama.

second generation. said...

Raja iskandar..
ha..banyak lagi cerita yg hg ingat dari aku..kalau nak tulis semua tak cukup masa kut..aku cuma singkatkan saja..gelak sendiri bila teringat cerita lama..

east43street said...

Hang punya cerita memang boleh buat drama la..... Kami dok tunggu cerita selanjutnya. Dulu duduk sembang-sembang tak pernah keluaq certia best-best macam ni pun.

second generation. said...

East43st..
Rasa rugi juga bila pikiaq2 masa dulu.. dok skali tapi banyak benda tak blajaq.. skarang bila makan asyik teringat kat sana ja..