Saturday, May 03, 2008

La Bamba night club

Ok..ini adalah tempat yg pertama kami main kat club malam...La bamba. Tempat ni tempat dangdut. Sebelum tu kami pi tengok tempat ni pada hujung minggu kerana ada sorang tu nama dia `Mamu Bani`, main drum kat situ. Dia kata..`hangpa boleh la mai main kat sini..kami pun boleh cuti juga kalau ada side band..tak pa, hangpa main la lagu apa pun, janji customer boleh menari kira ok la`. jadi Mamu Bani bawa kami jumpa Kak Sharifah..owner club tu..dan depa setuju bagi kami main cuma hari sabtu malam minggu dengan bayaran RM40 sorang. Ketika tu perasaan seronok bukan main, kata orang Penang.
Di sini bermulalah episod kami main di club malam. kami cuma ada lebih kurang 20 buah lagu sahaja..lagu cover. Selalunya band Mamu Bani main lagu dangdut kerana nak melayan customer yg kebanyakannya orang melayu dari umur 20an kepada 60an. tetapi majoritinya dari umur 40an ke50an. Bila band Mamu Bani main saja intro lagu dangdut, pak cik- pak cik ni dgn muka senyum saja, tarik perempuan ke tengah tempat menari dan terus lenggok ikut rentak.. cha cha ka..dangdut ka.. main lagu apa saja, depa senyum dan menari..tak dak problem. Perempuan yang saya kata tadi adalah perempuan yg bekerja di club itu. Customer kena sewa ikut jam kalau nakkan depa jadi pasangan menari kat situ..GRO kut istilah skarang. Bila band mamu Bani habis main first set, Asri selaku ketua band tu pun anounce nama band kami..mempersilakan `SECOND GENERATION` untuk naik ke pentas...customer pun tepuk tangan. Bila masuk saja intro lagu pertama kami, pak cik-Pak cik ni semua duduk diam dan mata semua tengok kat pentas tempat kami main..selang beberapa minit baru depa senyum dan tarik pasangan depa untuk menari, tapi bukan lagu dangdut, lagu daripada Bon Jovi. Ha, daripada saat itu baru kami nampak Pak cik-Pak cik ni keluaq peluh sikit bila menari.
Kami ada juga lagu-lagu lama yang depa boleh layan contohnya lagu Dara pujaan, Hidup bersama, dan beberapa buah lagu lagi yg popular era 60an...tapi kami selitkan lagu-lagu ni untuk pak cik-Pak cik ni cool down sikit bila dah penat menari lagu-lagu pop rock. Selesai saja main first set, kami turun pentas, depa mai kat kami sorang-sorang jabat tangan, ada yang berkata `bagus hangpa main lagu tadi no..` Kami hanya sekadar senyum saja..dan dari situ depa pun belanjalah kami minum..dan sembang-sembang. Seronok tgk Pak cik-Pak cik ni, tak tau pulak mana depa dapat duit banyak, sebab kebanyakannya muka-muka yang sama saja menjadi customer club tu dan tiap-tiap malam depa belanja sampai ratus-ratus ringgit.
Selepas itu, bila malam minggu saja kami pun pi la main kat club La Bamba dan selang beberapa minggu kami perasan yg mana bila malam minggu saja, La Bamba jadi penuh sesak. Depa suka musik yg kami pilih untuk layan depa menari. Ada lagu moden dan ada lagu lama. Sampai sekarang saya masih ingat muka-muka regular customer yg kebanyakan orang lama atau old timer. Depa boleh menari dari pukul 10 malam sampai 3 pagi.. balik tidoq esok mai lagi dan menari lagi. Kadang-kadang risau juga bila tengok depa ni mabuk lebih..maklum la old timer..kena jaga sikit. Tapi sepanjang pengalaman kami kat sana old timer ni semua suka dan minat kat musik kami, terutama nya Kak Sharipah yg kemudiannya offer kami main banyak hari lagi dalam seminggu.
Pada masa yang sama juga kalau ada tawaran main musik kat mana- mana seperti di kilang-kilang, pesta, komtar dan lainlain lagi, kami pun dengan seronoknya akan main di situ..chak pong ci gulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti..seng kai lam lam bere bede..WSALAM.

6 comments:

Redhead said...

Well done, well done, very good, i like your blog very very much... keep it up....

east43street said...

Baca post ni terbayang cerita P. Ramlee la...

second generation. said...

thanks redhead..thanks east43rdstreet...

Raja Iskandar said...

Askm, Adik, kelab La Bamba ni membuka mata aku tentang kehidupan malam Pulau Pinang, dengan melihat perempuan2 cabaret Melayu (atau digelar GRO) yang berasal dari kampung2 untuk mencari makan di kota. Betoi macam cerita P. Ramlee, dan kita berada di tengah2 kehidupan tersebut!
Aku juga pernah pi rumah tempat depa tinggal kat banglo tepi laut, sebelah rumah Boon Siew. Sebiji macam cerita Seniman Bujang Lapok, bilik2 yang dibuat daripada 'plywood', hang boleh tebuk lubang mengendap! Bau tempat tu jangan cakap la! Boleh kata ramai pemuzik & GRO duduk kat situ. Aku pun pernah tidur kat situ! Ada seorang Apek duduk situ kutip sewa bilik. La ni mansion atau banglo tu dah jadi kelab atau restaurant exclusive. Ha..ha..cerita lama.

Raja Iskandar said...

Askm, Adik, kelab La Bamba ni membuka mata aku tentang kehidupan malam Pulau Pinang, dengan melihat perempuan2 cabaret Melayu (atau digelar GRO) yang berasal dari kampung2 untuk mencari makan di kota. Betoi macam cerita P. Ramlee, dan kita berada di tengah2 kehidupan tersebut!
Aku juga pernah pi rumah tempat depa tinggal kat banglo tepi laut, sebelah rumah Boon Siew. Sebiji macam cerita Seniman Bujang Lapok, bilik2 yang dibuat daripada 'plywood', hang boleh tebuk lubang mengendap! Bau tempat tu jangan cakap la! Boleh kata ramai pemuzik & GRO duduk kat situ. Aku pun pernah tidur kat situ! Ada seorang Apek duduk situ kutip sewa bilik. La ni mansion atau banglo tu dah jadi kelab atau restaurant exclusive. Ha..ha..cerita lama.

second generation. said...

Wslm.. Raja,
Memang betui, kita berada di tgh-tgh kehidupan kupu-kupu malam. Macam-macam peristiwa kita saksikan. Ada yang sedih dan ada Yang tersangat gembira. Kenangan silam kita bersama.