Wednesday, May 28, 2008

50/50

Ada satu ketika saya dan Raja tidak bermain musik dengan mana-mana kumpulan lebih kurang 3-4 bulan..jadi apa kami buat? Kami pi camping kat Batu Feringgi tepi laut kat Penang. Ha..ha...
Sebenarnya budak-budak kampung saya iaitu kampung Sungai Pinang yang terkenal dengan kumpulan Boria Sungai Pinang..Pee dan Mydin la.. Depa ni la yg start pi dok kat Batu Feringgi tu.. saya dan Raja, memangdangkan kami tak buat apa-apa masa tu terus join depa kat Batu Feringgi.. Lama juga kami kat sana.. Orang lain yang datang dari negeri lain, camping paling lama pun seminggu, kami kat sana lebih kurang sebulan setengah kut. Masa kat sana kami cari la apa-apa makanan kat tepi laut samada pancing ikan, menjala udang pada tgh malam, memasang pukat kat kuala sungai atau kopek siput halia atau siput-siput lain yg boleh di makan. Beras tu kadang-kadang ada member bawa supply.
Semasa camping tu, pada suatu hari ada member datang bagitau ada orang nak buat audition untuk berlakon filem hollywood, tajuk 50/50. Pelakon tambahan la. Saya dan Raja dan beberapa orang kawan, tanpa berlengah-lengah pun nak la pi untuk audition. Mana lah tau kalau dapat. Dapat la tengok macamana depa buat filem. Masa sampai kat tempat audition kat Penang Port Corparation atau PPC, kat padang kota lama, kami tengok beratus-ratus orang tengah beratur untuk diujibakat sebagai pelakon tambahan. Ujibakatnya senang tetapi ada banyak tapisan. Memandangkan filem itu filem perang, kami diujibakat untuk berperangla..Mat saleh dari hollywood ni nak tengok macamana kami jatuh bila kena tembak. Ingat senang, tapi kena ada penghayatan juga. Dari beratus-ratus orang tu setengah terpilih kut. Pas tu ada lagi ujibakat, setengah lagi dipilih kut. Sampai akhir sekali cuma lebih kurang 30-50 orang yang diterima. Yang bestnya, saya dan Raja dan beberapa member Sungai Pinang lulus ujibakat tu. Kebanyakan orang yg datang untuk ujibakat tu mamak..dan mereka lebih banyak dipengaruhi oleh filem hindustan.. masa kena tembak olok olok tu depa gempaq habis, ada yg pegang perut baru jatuh ada yg pejam mata baru jatuh dan ada yang tak jatuh jatuh. Nak jadi hero dia ingat... tapi Mat Salleh ni nak yg macam filem hollywood..ada stunt sikit, kalau kena tembak kat dada mesti jatuh ke belakang, kalau kena tembak kat bahu mesti pusing sikit badan baru jatuh.. dia tak mau yang pegang perut baru jatuh.
Jadi selepas diterima untuk berlakon, kami di bawa oleh ejen filem tu, company dari Sri Langka,yang mendapat `contract` untuk jadi orang tengah, untuk ke tempat shooting. Tempat tu kat tepi laut. Cara depa buat filem memang teliti dan banyak kali shooting untuk satu screen shot. Cara kami dibayar pun memang berbaloi juga, satu screen shot RM50, kalau tak silap kadang-kadang satu hari ada 4-5 screen shot. Makanan pun free disediakan, yang best-best pulak tu. Ceritanya mengisahkan kami sebagai rebellion yang diketuai oleh seorang `american` cuba mendarat dengan sampan ke tepi laut. `American` ni seorang pelakon televisyen terkenal masa tu. kalau tak silap cerita bersiri `Starlight`. Bila mendarat saja, ada sekumpulan tentera tembak kami dari dalam hutan kat tepi pantai tu. Semua orang mati kecuali `american` tu yg berpatah balik ke laut menyelamatkan dirinya. Kami semua mati. Tapi sempatla tembak balik askar tu menggunakan senapang jenis AK47. Merasa jugalah tembak pakai AK 47. Ada juga pelakon terkenal dari malaysia yg pegang watak lebih besar lagi dari kami dalam filem tu, saya dah lupa siapa namanya..tapi saya masih ingat kepalanya botak. Dia kena tembak kat kepala pulak tu. Depa pasang satu benda kat kepala dia ikat dgn benang halus bila dia kena tembak, depa tarik benang tu. Pop keluar macam darah. Ada juga yang dipasang wayar kat badan dia dengan disambung ke spot-spot yang mana bila di petik suisnya ..pop..pop..pop... meletup kecil macam kena tembak dengan mesingun. Seronok bukan main saya tengok cara depa buat filem. Belanja beratus-ratus ribu untuk babak mendarat saja. Pada hari yang terakhir, ada la sebuah sampan diletupkan. Senyum tuan punya sampan tu mendapat pampasan. Ini adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan memandangkan saya bukannya nak jadi pelakon, tapi merasala jugak. Cakpong ci gulu-gulu, ci kueh lubang dik pulut inti, sengkai lam lam bere bede.

4 comments:

Raja Iskandar said...

Askm, he he he, Adik, hang ingat lagi no cerita ni? Aku ada beli video cerita dia tapi haram satu pun gambar kita tak keluar! Semua depa edit buang! Pelakon botak tu nama dia M. Rajoli, dia la ni sakit tenat. Ada sorang lagi kalau tak salah masa kat gudang PPC, Shaharudin Thamby nama dia, masa scene dalam boat. He he, cerita lama..

second generation. said...

Raja..ha..seronok kan berlakon masa tu. Aku masa kat New York cerita kat student kita di sana, depa gelak habis. Kami pi cari kat kedai video..dapat. Babak yg kita berlakon cuma masa intro sat saja.. tapi muka tak nampak pun. Betui M. Rajoli dan Shaharudin tambi.. ha.. cerita lama..

east43street said...

Tak sangka hang pun ada darah bangsawan jugak nooo....

second generation. said...

East43street
Tu la.. minat benda lain, pi blajar benda lain..tu yg kantoi.Ada darah bangsawan sebelah mak penang. Pelakon bangsawan tahun 40-50an. Tok Mat Kambing gelarannya.