Monday, June 02, 2008

Selamat Pulau Pinang

Sekolah Menengah Abdulah Munsyi, Jalan P. Ramlee. Di situlah sekolah saya. Dari sekolah rendah lagi saya mempunyai ramai teman yang berbagai-bagai bangsa, walaupun sekolah kami majoritinya bangsa melayu. Salah seorangnya yang saya masih ingat lagi ialah Ooi Ah Lan. Dia amat meminati bidang nyanyian. Selalunya setiap hari isnin, sekolah kami akan mengadakan perhimpunan dan semua pelajar dikehendaki menyanyi dua lagu iaitu lagu Negaraku dan lagu Pulau Pinang. Saya memang seronok kalau masa menyanyi tu. Lawan-lawan jerit dengan kawan-kawan. Satu hari isnin secara kebetulan saya berdiri di sebelah Ooi Ah Lan. Masa untuk menyanyi kami dikehendaki berdiri tegak dan tangan mesti dikepitkan di pinggang. Lagu Negaraku berjalan lancar seperti biasa, memandangkan lagu itu lebih kepada patriotik dan meleret, jadi tak berapa syok sangat nak jerit-jerit. Bila tiba lagu Pulau Pinang semua orang naik syeh, memandangkan lagu itu lebih bersemangat dan lebih rancak. Ooi Ah Lan tidak ketinggalan juga, mungkin dia seronok berdiri di sebelah saya yang mana saya memang suka menjerit kuat bila nyanyi lagu Pulau Pinang. Masuk saja intro lagu tu.. Ooi Ah Lan terus bernyanyi dengan kuat dan bersemangat sambil melentuk-lentukkan badannya...Begini nyanyiannya.. `Selamat Tuhan Kurniakan` `Selamat Pilau Pinang`.. saya terus gelak kuat sebab tak tahan bila Ooi Ah Lan tersasul sebut Pilau Pinang yang mana sepatutnya `Pulau Pinang`. Siap lentuk-lentuk badan lagi. Bila saya ketawa, habis semua rakan-rakan di sebelah juga ketawa. Walaubagaimanapun lagu itu selesai juga dinyanyikan oleh semua pelajar dan saya bersama kawan-kawan yang ketawa terpaksa berjumpa dengan guru disiplin selepas perhimpunan.Ooi Ah Lan pun kena jumpa, sebab dia pun ketawa. Apabila saya terangkan pada guru disiplin apa yang terjadi, beliau juga ketawa.
Rasanya lebih seronok lagi kalau ada lebih ramai lagi pelajar dari bangsa lain yang dicampurkan bersama-sama pelajar melayu yang lebih majoritinya di sekolah itu. Kalau lalu kat Sekolah Menengah Cina pula, maka majoritinya Bangsa Cina sahaja yang bersekolah di situ. Begitu juga dengan bangsa India.Chak pong cigulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti.. Sengkailam lam bere bede.

4 comments:

Anonymous said...

hi pakcik!best la baca blog pakcik..keep on blogging ya!

dlm byk2 lagu negeri yg along belaja(along kan byk kali pindah)along paling suka lagu penang sbb rancak n catchy..i still remember mase along kecik pakcik used to ketuk2 kayu drum tuh mase along nyanyi lagu penang..hehe..

east43street said...

Apa tu "Chak pong cigulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti.. Sengkailam lam bere bede"?

second generation. said...

Kami ada tiga orang member kamceng kat sekolah bila terserempak, sorang tegur chak pong cigulu gulu, sorang jawab ci kueh lubang pulut inti, sorang mencelah segkailam lam bere bede. macam, la fong fong.. mata kungsi.. dalam filem do re me, tak dak makna apa cuma cakap kosong ja.

second generation. said...

Hi Along, Nanti Aiman besar dia boleh tau tok Cik dia ketuk kayu drum bila along nyanyi kalau dia baca cerita ni.