Thursday, May 29, 2008

Pulau Batu Putih

Selamat sejahtera. Baru-baru ini kita telah menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dekat The Hague, Belanda. Keputusan itu memihak kepada Singapura dimana Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada kedaulatan Republik Singapura.
Perkara ini mungkin tak memberi kesan kepada kebanyakkan rakyat malaysia dan juga rakyat Republik Singapura yang membaca berita ini tetapi saya amat berasa prihatin kepada para nelayan kita terutamanya yang berada di kawasan Pengerang yang mana sebelum kes itu di pertikaikan, mereka sudah pun di larang dari menghampiri Pulau itu selama 22 tahun. Keluar keputusan pulak, ianya tak memihak pada Malaysia. Hancur lebur harapan mereka untuk menangkap ikan di kawasan itu. Sejarah menunjukkan mereka ini adalah dari keturunan nelayan yang sudah lama menangkap ikan di situ. Kat situ pulak lubuk ikan.
Persoalannya, tidakkah ada pihak berkuasa samada dari pihak kerajaan Malaysia dan dari ihsan pihak kerajaan Singapura memandang pada masalah mereka ini. Akibat perbalahan merebut kuasa ke atas Pulau itu, nelayan-nelayan menjadi mangsa. Dahla ekonomi merosot, barang makanan mahai,nak tangkap ikan bagi orang ramai makan untuk dijadikan mata pencarian pun jadi hal.
Sepatutnya pihak yang tertentu memandang berat status nelayan ini. Tidakkah ada perbincangan atau rundingan dua hala untuk membantu masalah nelayan kita ini. Kalau nak main musik kami boleh mendapatkan permit, takkan nak tangkap ikan tak boleh dapat permit kut. Singapura dah dapat Pulau tu pun kena terimakasih banyak kat kerajaan Johor, sekurang-kurangnya bagi la Nelayan Pengerang tu tangkap ikan. Chak pong ci gulu-gulu ci kueh lubang dik pulut inti. Sengkai lam lam berebede..

Wednesday, May 28, 2008

50/50

Ada satu ketika saya dan Raja tidak bermain musik dengan mana-mana kumpulan lebih kurang 3-4 bulan..jadi apa kami buat? Kami pi camping kat Batu Feringgi tepi laut kat Penang. Ha..ha...
Sebenarnya budak-budak kampung saya iaitu kampung Sungai Pinang yang terkenal dengan kumpulan Boria Sungai Pinang..Pee dan Mydin la.. Depa ni la yg start pi dok kat Batu Feringgi tu.. saya dan Raja, memangdangkan kami tak buat apa-apa masa tu terus join depa kat Batu Feringgi.. Lama juga kami kat sana.. Orang lain yang datang dari negeri lain, camping paling lama pun seminggu, kami kat sana lebih kurang sebulan setengah kut. Masa kat sana kami cari la apa-apa makanan kat tepi laut samada pancing ikan, menjala udang pada tgh malam, memasang pukat kat kuala sungai atau kopek siput halia atau siput-siput lain yg boleh di makan. Beras tu kadang-kadang ada member bawa supply.
Semasa camping tu, pada suatu hari ada member datang bagitau ada orang nak buat audition untuk berlakon filem hollywood, tajuk 50/50. Pelakon tambahan la. Saya dan Raja dan beberapa orang kawan, tanpa berlengah-lengah pun nak la pi untuk audition. Mana lah tau kalau dapat. Dapat la tengok macamana depa buat filem. Masa sampai kat tempat audition kat Penang Port Corparation atau PPC, kat padang kota lama, kami tengok beratus-ratus orang tengah beratur untuk diujibakat sebagai pelakon tambahan. Ujibakatnya senang tetapi ada banyak tapisan. Memandangkan filem itu filem perang, kami diujibakat untuk berperangla..Mat saleh dari hollywood ni nak tengok macamana kami jatuh bila kena tembak. Ingat senang, tapi kena ada penghayatan juga. Dari beratus-ratus orang tu setengah terpilih kut. Pas tu ada lagi ujibakat, setengah lagi dipilih kut. Sampai akhir sekali cuma lebih kurang 30-50 orang yang diterima. Yang bestnya, saya dan Raja dan beberapa member Sungai Pinang lulus ujibakat tu. Kebanyakan orang yg datang untuk ujibakat tu mamak..dan mereka lebih banyak dipengaruhi oleh filem hindustan.. masa kena tembak olok olok tu depa gempaq habis, ada yg pegang perut baru jatuh ada yg pejam mata baru jatuh dan ada yang tak jatuh jatuh. Nak jadi hero dia ingat... tapi Mat Salleh ni nak yg macam filem hollywood..ada stunt sikit, kalau kena tembak kat dada mesti jatuh ke belakang, kalau kena tembak kat bahu mesti pusing sikit badan baru jatuh.. dia tak mau yang pegang perut baru jatuh.
Jadi selepas diterima untuk berlakon, kami di bawa oleh ejen filem tu, company dari Sri Langka,yang mendapat `contract` untuk jadi orang tengah, untuk ke tempat shooting. Tempat tu kat tepi laut. Cara depa buat filem memang teliti dan banyak kali shooting untuk satu screen shot. Cara kami dibayar pun memang berbaloi juga, satu screen shot RM50, kalau tak silap kadang-kadang satu hari ada 4-5 screen shot. Makanan pun free disediakan, yang best-best pulak tu. Ceritanya mengisahkan kami sebagai rebellion yang diketuai oleh seorang `american` cuba mendarat dengan sampan ke tepi laut. `American` ni seorang pelakon televisyen terkenal masa tu. kalau tak silap cerita bersiri `Starlight`. Bila mendarat saja, ada sekumpulan tentera tembak kami dari dalam hutan kat tepi pantai tu. Semua orang mati kecuali `american` tu yg berpatah balik ke laut menyelamatkan dirinya. Kami semua mati. Tapi sempatla tembak balik askar tu menggunakan senapang jenis AK47. Merasa jugalah tembak pakai AK 47. Ada juga pelakon terkenal dari malaysia yg pegang watak lebih besar lagi dari kami dalam filem tu, saya dah lupa siapa namanya..tapi saya masih ingat kepalanya botak. Dia kena tembak kat kepala pulak tu. Depa pasang satu benda kat kepala dia ikat dgn benang halus bila dia kena tembak, depa tarik benang tu. Pop keluar macam darah. Ada juga yang dipasang wayar kat badan dia dengan disambung ke spot-spot yang mana bila di petik suisnya ..pop..pop..pop... meletup kecil macam kena tembak dengan mesingun. Seronok bukan main saya tengok cara depa buat filem. Belanja beratus-ratus ribu untuk babak mendarat saja. Pada hari yang terakhir, ada la sebuah sampan diletupkan. Senyum tuan punya sampan tu mendapat pampasan. Ini adalah satu pengalaman yang tak akan saya lupakan memandangkan saya bukannya nak jadi pelakon, tapi merasala jugak. Cakpong ci gulu-gulu, ci kueh lubang dik pulut inti, sengkai lam lam bere bede.

Tuesday, May 27, 2008

Club Langut-Langut Naik....(LLN)

Tempat ni amat bersejarah bagi kumpulan musik kami. Langut-langut naik ni adalah singkatan bagi LLN atau lembaga letrik negara. Skarang dah swasta dah. Sebabnya kami cakap langut-langut naik kerana kalau kat kampung bilamana lampu eletrik rosak.. orang kampung akan telefon pihak LLN untuk hantar pekerjanya untuk repair lampu kat tepi jalan. Bila saja mereka sampai mereka akan berdiri kat bawah lampu sambil melangut tengok lampu kat atas. Ada sorang Mak Cik lalu kat situ sambil disergahnya mereka...hangpa dok langut apa, naik la repair..langut-langut naikla.. dari situ lekatla nama mereka langut-langut naik..
Jadi tempat ni merupakan satu banggunan banglo milik LLN yg mana untuk tempat rekreasi untuk pekerja mereka. Di situ ada alat musik yg dah lama tak digunakan lebih kurang dah 10-15 tahun. Salah sorang dari pelanggan kami yg datang kat La Bamba tu orang LLN tengok kami main terus offer kami pi guna alat musik yang dah tak digunakan tu. Pak Cik tu juga berjanji nak recomen kami kerja kat situ sebagai ahli musik untuk LLN. Lega juga kami masa tu..maklumlah kalau praktis kat studio kena bayar RM10-RM15 sejam. pertama kali sampai kat kelub tu..kami tengok alat-alat musik tu dah bersarang teruk. Satu hari suntuk kami polish semua dan bersihkan tempat tu. Kalau tak silap Gitar bass dia nama Hondo.. kami gelak kat Nae kerana dia pemain bass. Lekat nama dia masa tu Nae Hondo. Tak tau kat mana depa beli gitar tu ssebab tak pernah tengok gitar brand Hondo..kereta honda adala. Ada sedikit perasaan sedih di hati saya tengok semua perkakas musik yg tak di jaga masa tu. Jadi saya berbincang dgn Raja Iskandar yg main keyboard tu...` Raja lepas ni kalau ada function kita main musik, semua duit yg kita dapat kita kumpul dan beli alat musik baru.. mula-mula tukar gitar hondo..Drum.. dan lain-lain sampai kita ada alat musik yg bagus`. Raja setuju dan bila tanya kat ahli-ahli yg lain semuanya setuju. Jadi dari tarikh itu semua duit yg kami dapat kami kumpul terutamanya bila main kat La bamba. Dah ada perasaan seronok di hati bila la nak dapat alat musik baru. Masa berlatih kat LLN kami mendapat bimbingan dari pemusik yg dah pencen kat LLN.. dan juga dari seorang yang saya kenang sampai sekarang Pak Cik Bashir Ahmad yg mana beliau merupakan komposer terkenal kat Pulau Pinang dan bekerja kat RTM penang. Ada satu ketika beliau mempelawa kami main kat RTM penang. Ada juga satu ketika kami berlatih di tempat di mana seniman agung kita P. Ramlee berlatih main musik..tempat tu kat Counter Hall street..skarang dah tukar nama Jalan P Ramlee. Memandangkan alat-alat musik tu dah lama sgt..masa seniman lagi.. first time saja main lagu..lagu `eye of tiger` intro lagu tu pakai keyboard banyak tiba-tiba saja keyboord tu keluar asap.. saya ingat normal tapi Pak Cik terus menjerit `stop-stop terbakar..tak boleh guna keyboard..dah rosak`.
Jadi masa kat LLN tu kami banyak menimba ilmu musik secara by hart dari orang lama. Satu peristiwa sedih kat situ yang mana satu hari kami pi berlatih..masuk saja pintu kat dalam tengok-tengok gitar utama jenis fender dah hilang.. Kami tak tau sapa yg curi.. tapi lama kelamaan kami dapat tau yang penyanyi utama kami Fuad yang curi sebab katanya `hangpa kumpul duit nak beli alat musik untuk hangpa aku penyanyi mana ada alat musik jadi tak aci la`..saya terus terduduk masa tu dan saya cakap kat band boy semua dari hari ni tak mau Fuad nyanyi kat kumpulan kami lagi. Selang beberapa bulan kumpulan kami berpecah. Saya dan raja main dengan satu kumpulan tu kat tempat City Hotel, penang. Nae masuk group Crosstown, mazlan main dengan kelub Bomba penang dan Fuad tak nyanyi kat mana-mana lagi. Saya sedih sampai sekarang akibat Fuad mencuri gitar Utama tu kerna kalau tak pasai tu mungkin kami akan terus bersatu dan main musik sampai sekarang. Duit yg kami kumpul kami agih-agihkan pada semua orang. Fuad tak dapat apa-apa sebab dia dah jual gitar tu . Cak pong ci gulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti..sengkai lam lam bere bede. Wslm.

Saturday, May 03, 2008

La Bamba night club

Ok..ini adalah tempat yg pertama kami main kat club malam...La bamba. Tempat ni tempat dangdut. Sebelum tu kami pi tengok tempat ni pada hujung minggu kerana ada sorang tu nama dia `Mamu Bani`, main drum kat situ. Dia kata..`hangpa boleh la mai main kat sini..kami pun boleh cuti juga kalau ada side band..tak pa, hangpa main la lagu apa pun, janji customer boleh menari kira ok la`. jadi Mamu Bani bawa kami jumpa Kak Sharifah..owner club tu..dan depa setuju bagi kami main cuma hari sabtu malam minggu dengan bayaran RM40 sorang. Ketika tu perasaan seronok bukan main, kata orang Penang.
Di sini bermulalah episod kami main di club malam. kami cuma ada lebih kurang 20 buah lagu sahaja..lagu cover. Selalunya band Mamu Bani main lagu dangdut kerana nak melayan customer yg kebanyakannya orang melayu dari umur 20an kepada 60an. tetapi majoritinya dari umur 40an ke50an. Bila band Mamu Bani main saja intro lagu dangdut, pak cik- pak cik ni dgn muka senyum saja, tarik perempuan ke tengah tempat menari dan terus lenggok ikut rentak.. cha cha ka..dangdut ka.. main lagu apa saja, depa senyum dan menari..tak dak problem. Perempuan yang saya kata tadi adalah perempuan yg bekerja di club itu. Customer kena sewa ikut jam kalau nakkan depa jadi pasangan menari kat situ..GRO kut istilah skarang. Bila band mamu Bani habis main first set, Asri selaku ketua band tu pun anounce nama band kami..mempersilakan `SECOND GENERATION` untuk naik ke pentas...customer pun tepuk tangan. Bila masuk saja intro lagu pertama kami, pak cik-Pak cik ni semua duduk diam dan mata semua tengok kat pentas tempat kami main..selang beberapa minit baru depa senyum dan tarik pasangan depa untuk menari, tapi bukan lagu dangdut, lagu daripada Bon Jovi. Ha, daripada saat itu baru kami nampak Pak cik-Pak cik ni keluaq peluh sikit bila menari.
Kami ada juga lagu-lagu lama yang depa boleh layan contohnya lagu Dara pujaan, Hidup bersama, dan beberapa buah lagu lagi yg popular era 60an...tapi kami selitkan lagu-lagu ni untuk pak cik-Pak cik ni cool down sikit bila dah penat menari lagu-lagu pop rock. Selesai saja main first set, kami turun pentas, depa mai kat kami sorang-sorang jabat tangan, ada yang berkata `bagus hangpa main lagu tadi no..` Kami hanya sekadar senyum saja..dan dari situ depa pun belanjalah kami minum..dan sembang-sembang. Seronok tgk Pak cik-Pak cik ni, tak tau pulak mana depa dapat duit banyak, sebab kebanyakannya muka-muka yang sama saja menjadi customer club tu dan tiap-tiap malam depa belanja sampai ratus-ratus ringgit.
Selepas itu, bila malam minggu saja kami pun pi la main kat club La Bamba dan selang beberapa minggu kami perasan yg mana bila malam minggu saja, La Bamba jadi penuh sesak. Depa suka musik yg kami pilih untuk layan depa menari. Ada lagu moden dan ada lagu lama. Sampai sekarang saya masih ingat muka-muka regular customer yg kebanyakan orang lama atau old timer. Depa boleh menari dari pukul 10 malam sampai 3 pagi.. balik tidoq esok mai lagi dan menari lagi. Kadang-kadang risau juga bila tengok depa ni mabuk lebih..maklum la old timer..kena jaga sikit. Tapi sepanjang pengalaman kami kat sana old timer ni semua suka dan minat kat musik kami, terutama nya Kak Sharipah yg kemudiannya offer kami main banyak hari lagi dalam seminggu.
Pada masa yang sama juga kalau ada tawaran main musik kat mana- mana seperti di kilang-kilang, pesta, komtar dan lainlain lagi, kami pun dengan seronoknya akan main di situ..chak pong ci gulu gulu ci kueh lubang dik pulut inti..seng kai lam lam bere bede..WSALAM.

Friday, May 02, 2008

Second Generation
Saya menggunakan nama `SECONDGENERATION` ni adalah untuk mengenangkan nama kugiran musik saya yang pertama dahulu. Kami semuanya berasal dari Pulau Pinang sebab tu la guna nama omputih..kalau kat Pulau Pinang pasar depa panggil market..so..kami pun pakai nama omputih juga la..sebab terikut-ikut cara lama walaupun zaman penjajahan dah lama tamat.Kugiran musik kami asalnya terdiri dari 5 ahli, di mana sudah tentunya saya masih lagi mengingati mereka..saya selaku pemain drum, Nazri, abang saya selaku pemain gitar bass, Raja Iskandar selaku pemain keybord, Mazlan selaku pemain gitar utama dan Fuad selaku penyanyi.
Kami meminati arena musik sejak dari bangku sekolah lagi. Saya masih ingat lagi, bila ada kenduri kahwin saja selalunya mesti ada kugiran musik. Kami akan pi tengok walaupun kadang-kadang tempat itu jauh. Bila on the way balik..mula la beri komen macamana depa main musik bagus ka tak bagus ka..dan macam-macam lagi.Masa saya di tingkatan 5 kami ada menyertai pertandingan musik di Dewan Masyarakat kat padang kota lama, dimana pada malam pertandingan itu kami semua ketaq kata orang penang, orang KL kata menggelabah terutamanya bila di atas pentas. Saya tengok muka ahli-ahli kumpulan saya semuanya senyum-senyum macam nak menangis..bila tanya hang ketaq ka, depa kata tak, tapi tengok muka macam nak menangis tapi cuba senyum, sebab tu la saya gunakan ungkapan senyum-senyum macam nak menangis. Saya pun bertambah ketaq la. Tapi kira ok la sebab saya main drum, duduk pun kat belakang skali..ada cymble pulak tu boleh dok buat pelindung muka. Pada malam tu kami puas hati dgn persembahan kami walaupun saya pukui cymble sampai ianya jatuh ke lantai..masa tu tak tau nak ejust cymble lagi. Malam tu kami main lagu `Bunga Hitam`kalau saya tak silap tajuk lagunya, yang di popularkan oleh kumpulan terkenal dari Pulau Pinang,` ALLEYCATS`.
Bila kami dah pandai main lagu lebih kurang 10 buah lagu.. kami pun memberanikan diri main kat rumah kenduri pulak. masa tu perasaan ketaq dah mula hilang kerana slalu sangat main musik. Ada satu ketika masa main kat rumah kenduri, kami cuba lebih sikit..maksudnya kami panggil penonton menyanyi lagu..yeebah..dari situ kami dapat asah mana-mana bakat yg terpendam di kalangan penduduk kampung kami. Ada sorang tu, dia minat nyanyi..slalu nyanyi dan bersiul kat kampung. Nama dia Kasim. Pada satu kenduri kahwin di mana kami main musik..selepas mendendangkan lebih kurang 7-8 lagu..kami pun pangillah kepada sesiapa yg berminat untuk nyanyi.. bila kami panggil..semua orang kampung teriak Kasim..Kasim.. .Kasim ni pemalu sikit kat atas pentas, bila tanya nak nyanyi lagu apa.. dia cuma jawab `Katakan`. jadi kami masuk intro lagu `katakan` versi bluesrock.... siapa dia itu berbaju kebaya....katakan pada ku gadis manakah ia...la..la....la..dan seterusnya... begitu intro nya... Tapi Kasim TAK MASUK MASUK NYANYI INTRO.. pasai apa pulak saya pikir.. Bila dia paksa jugak nyanyi bila kami dah counting kat dia byk kali..sebab ingatkan dia tak tau bila nak masuk nyanyi..habis lagu tu sumbang sama skali..tak pa la sebab dia pertama kali nyanyi kat depan orang ramai dgn kugiran.Selesai dia nyanyi dgn tak tau hujung pangkalnya..kami pun beri kata ucap terima kasih kpdnya.. Dia senyum merah padam dan muka dendam kat kami..bila selesai main kami pun pi kat dia nak tanya kenapa dia marah sangat. Dia kata.. aku nak nyanyi lagu Katakan nyanyian Jamal Abdilah..intronya.. kau katakan kau menyanyangi diriku.. la...la..la..., sebenarnya tajuk lagu tu `Hidup Bersama` nyanyian Jamal Abdilah, dan kami pun tak pernah main lagu tu..kenapa hangpa main lagu bluesrock. Selepas peristiwa itu kami lebih berhati-hati terutamanya mengenai tajuk lagu. Chak pong ci gulu gulu, ci kueh lubang dik pulut inti. sengkai lam lam bere bede.....